Keluarga Ku

Thursday, October 7, 2010

KEHKEHKEHHHHHHHHHHHHHHHHH
Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada neneknya:

"Nenek, mana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik..." neneknya menjawab.
Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah. Ketika pulang.. anak lelaki bertanya lagi pada neneknya:

"Dimana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik" neneknya kembali menjawab.
Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain. Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makan malam. Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya:

"Di mana Papa dan Mama?"
"Masih di dalam bilik" jawab nenek.
Anak itu tertawa geli.
"Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!" tanya neneknya dengan nada tinggi.

Si anak menjawab,
"Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi gam Super Glue..

mood today


Kekanda Adinda



(P)) Oh Kekanda jgn irihati, Dinda naik pangkat lagi..


(L) Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini..


(P) jadi Dinda mahu mengambil masa

(L) Tapi Kanda mahu segera,

(P) Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,

(L) tapi Kanda mahu cahaya mata,

(P) Dinda belum bersedia,


(L) Kanda dah beria ria,


(P) Jadi yg mana satu?


(P+L) Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,




(L) Oh Adinda, tolong jgn lekas curiga, lekas cemburu buta

(P) oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi,




(L) Kanda kerja overtime, terlebih masa,

(P) Itu yg Dinda harus berwaspada,

(L) Ini smua demi masa depan keluarga,


(P) dengan Dinda atau sebaliknya?

(L) Kanda kerja malam,


(P) Dinda kerja siang,

(L) Jadi bila nak bertemu?

(P+L)Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,




(P) Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!

(L) Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!


(P+L) bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?

apa keputusannya?




(P) Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!

(L) Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!


(P+L) Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,

(L) Kanda polar kutub Utara,

(P) Dinda kutub Selatan

(P+L) komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,

(P+L)Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,



(L) Walau kita sering dgn cara masing2,

(P)Kanda yg Perdana,


(L) Dinda yg Utama,


(P)Kanda sgalaNya..

(L) Dindalah Nyawa,

(P+L) kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama slamanya,
bahagia slama- lamanya!



Wednesday, October 6, 2010


Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.



Sentuhan Kasih Sayang

Kasih sayang itu titi, Kasih sayang penghubung hati Kasih sayang itu tali, Kasih sayang pengikat diri
Berilah sentuhan kasih sayang buat insan yang kita sayangi.
Agar ia makin mekar di sanubari kita semua.





Sy tujukan khas kata2 dbawah ini, buat insan yg bnama Wanita. Ketahuilah anda, Wanita adalah insan yg dilahirkan dgn penuh keunikan & keistimewaannya yg tsendiri. Hargailah Wanita seadanya krn mrk sbhgn dr hidupmu d dunia ini

MADAH BUAT WANITA

Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,
Tanpa mereka,
fikiran dan perasaan lelaki akan resah,
Masih mencari walau ada segalanya,
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa.

Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok itu,
untuk diluruskan oleh lelaki,
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus....
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus,
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah SWT,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,

Didiklah mereka dengan panduanNya,
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta,
Kerana nantinya mereka akan liat,
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,
Kerana nantinya mereka derita,
Kenalkanlah mereka kepada Allah,
Zat yang kekal,
Di situ punca kekuatan dunia!!!

Akal senipis rambutnya,
Tebalkan ia dengan ilmu,
Hati serapuh kaca,
Kuatkanlah ia dengan iman,
Perasaan selembut sutera,
Hiasilah ia dengan akhlak,
Suburkanlah ia kerana daripada situlah nantinya,
mereka akan lihat nilaian dan keadilan,

Tuhan,
Bisikkanlah ke telinga mereka bahawa,
Kelembutan bukan satu kelemahan,
Ia bukan diskriminasi Tuhan,
Sebaliknya disitulah kasih dan sayang Tuhan,
Jinakkanlah diri kepada Allah,
Nescaya akan jinaklah segala-galanya
di bawah pimpinanmu,
Jangan mengharapkan isteri semulia
Fatimah Az Zahra,
Andai dirimu tidak sehebat
Saidina Ali Karamallahawajhah.

UNTUK KAWAN



Puisi Buat Kawan :
Kawan, kita menguntum bibit kemesraan,
Bersama menguyam kenangan,
Bersama membina impian,
Bersama menempuh cabaran..
Kawan, kita tak pernah hirau sesiapa,
Kau dan aku gembira bersama,
Tiada siapa bisa menghalang kita,
Sesungguhnya, kita di takdir untuk berjumpa..
Bersahabat.. dan berkongsi cerita,
Kerna kau adalah kawan yang tak mungkin ku lupa..
Kawan..Maafkan aku jika ada salahku..
Maafkan aku seakan mengapaikan mu..
Mungkin silapku..
Bukan salahmu..
Lalu maafkan aku..
Semoga kau akan beroleh kejayaan..
Di setiap persinggahan mu!



when we met...it was a LUCK...
when we talk..it was by CHANCE...
when we become friends..it was a DESTINY...
we are still friends..its a DECISION...
AND........

we will always be friends...thats a PROMISE!!!!!




Sahabat yang baik,apabila dipandang wajahnya..
membawa mengingati ALLAH.
Mendengarkan kata-katanya..
menambahkan ilmu.
Terlihat gerak gerinya..
meninggikan takut kepada ALLAH.
Berkawan dengannya..
berjuang ke jalan ALLAH..
(ni aku agak rasa tak der kawan cam nie nie, kalau tengok muka teringat sopink2 ader la...,muka gosip liar ker?hehhehehe)

NUKILAN HATII.................


ABAH KU Pesan…

28JUN2009

Semalam aku TERINGAT ABAH KU....
Ku deringkan telefon....
Dia nampak macam risau je…

Aku tanya kenapa nampak macam risau je??
Dia jawab “Abah merindui anak yang tiada di depan mata"
Dia cakap kerinduan dan kesepian kian melanda
Dia ada tingalkan pesan..

ABAH PESAN..
Jangan angah lupa pada Tuhan
Takut nanti Tuhan pula lupa pada angah.....

ABAH PESAN..

Bila berkawan jangan berperang

Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang.

ABAH PESAN..
Kalau angah sesat, janganlah malu hendak bertanya orang

Supaya angah boleh nampak jalan pulang.

ABAH PESAN..
Bila dah senang nanti, jangan angah lupa pada ibu bapa
Takut nanti angah jadi macam TANGGANG anak DERHAKA!!

ABAH PESAN..
Jangan lupa segala pesan
KERANA DIALAH ANAH DAN DIALAH IBU

di saat aku mmerlukan........

“Sayangi dan hormatilah bapa,ayah,abah,abi,babah,daddy,dad dan segala apa yang anda panggil seorang insan yang bergelar bapa dan suami sementara mereka masih hidup.Kerana merekalah insan yang telah membesarkan kita,memberi kita makan,memberi kita minum dan melayan karenah kita ketika kita masih kecil.Sempena Hari Bapa ini janganlah anda lupa mengucapkan “SELAMAT HARI BAPA” kepada bapa anda pada 21 Jun 2009.”

KUMahu Kau Tahu

11APR2

Saat kami berbaring di bawah bintang-bintang,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.

Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.

Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.

Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.

Dalam setiap pelukan dan kucupan,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.

Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
Aku milikmu untuk selama-lamanya.
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya,
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu..



RAHSIA KELAHIRAN

MUHAMMAD HIJJAZ HAKIMIE

04 AUGUST 2009 (04/08/2009 ; 2.04am)



OGOS

  • Suka berlawak.
  • Mudah tertawan padanya.
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak tahu takut.
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  • Pandai memujuk orang lain.
  • Terlalu pemurah & bersikap ego.
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • Dahagakan pujian.
  • Semangat juang yang luar biasa.
  • Cepat marah & mudah mengamuk.
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
  • Sangat cemburu.
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
  • Cepat berfikir.
  • Fikiran yang berdikari.
  • Suka memimpin & dipimpin.
  • Sifat suka berangan.
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • Belajar untuk bertenang.
  • Sikap kelam kabut.
  • Romantik, pengasih dan penyayang.
  • Suka mencari kawan



RAHSIA KELAHIRAN AKU ...........................

JUN

  • Berfikiran jauh & berwawasan. ('',) ('',)
  • Mudah ditawan kerana sikap baik. ('',)
  • Berperangai lemah lembut. ('',)
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. ('',)
  • Idea yang terlalu banyak di kepala. ('',)
  • Bersikap sensitif.('',)
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). ('',)
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.(SALAH NIE)
  • Bersikap suka menangguh-nangguh.(SALAH NIE)
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. ('',)
  • Cepat marah & cepat sejuk. ('',)
  • Suka bercakap & berdebat. ('',)
  • Suka buat lawak & bergurau. ('',)
  • Otaknya cerdas berangan-angan. ('',)
  • Mudah berkawan & pandai berkawan. ('',)
  • Seorang yang sangat tertib. ('',)
  • Pandai mempamerkan sikap. ('',)
  • Mudah kecil hati. ('',)
  • Mudah kena selsema. ('',)
  • Suka berkemas. ('',)
  • Cepat rasa bosan. ('',)
  • Sikap terlalu memilih & cerewet. ('',)
  • Kurang mempamerkan perasaan. ('',)
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati. ('',)
  • Suka pada barang yang berjenama. ('',)
  • Mudah menjadi eksekutif. ('',) ('',) ('',) ('',) ('',) ('',) ('',) ('',) ('',)
  • Kedegilan yang tidak terkawal. ('',)
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan. ('',)
  • WAKAKAKAKAKKAAKKAAKAKAKAKAKAK......................

NOORAZMAN BIN SUPIAN


RAHSIA BULAN KELAHIRAN APRIL

  • Sangat aktif dan dinamik. (???????? aktif ker...wakakkakaakak)
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.(tak jugak)
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri.( ni lagi konpius.....)
  • Punya daya mental yang sangat kuat.(mungkin sebab punya daya tahan telinga yang kuat)
  • Suka diberi perhatian.(harus...........)
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk ).( kehekehehhehehee)
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.(erm.................)
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut.(go baby go...cam geli jer erk)
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. (leh tahan...)
  • Emosi cepat terusik.( hanya aku yang tahu)
  • Cuba kawal perasaan. (dengar tue...)
  • Kecenderungan bersifat pendendam. (memang pun)
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. (kahkahahahkahh)
  • Kuat daya ingatan. (!!!!!!!)
  • Gerak hati yang sangat kuat. (sangat....)
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. (tak langsung.....)
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada. (tepat........)
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu (wakakakkakkakaa...........)

  • ENCIK AZMAN BANYAK GAK BETUL NIE........TAPI TAK PER.......YANG PENTING ABANG AZMAN KAN GAGAH PERKASA CAM BADANG......................LALALLALALALALA

  • MADE IN CINTA

    Sifat Cinta
    Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya.Sifat cinta itu sempurna.Jika tidak,cinta akan cacat.Itulah cinta sebenar cinta.

    Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
    Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia.Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

    Cinta Bersedia
    Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi.Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami.Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta.Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

    Cinta Itu Indah
    Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik.Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

    Cinta Itu Mengharap Balasan
    Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali.Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

    Cinta Itu Menakluki
    Sifat cinta itu ingin menguasai.Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya.Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai.Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

    Cinta Itu Mengetahui
    Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui.Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya.Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta.Mereka tahu apa yang perlu dilakukan.Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

    Cinta Itu Hidup
    Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur.Cinta itu punya deria dan perasaan.Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta.Cinta ada segala-galanya.Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

    Cinta Itu Suci
    Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci.Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta.Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir.Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

    Cinta Itu Mempesona
    Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan.Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih.Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih.Dia senyum pada anda dan merapati anda.Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa.Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.




    'Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri'

    menjiwa"s


    Inginku Miliki DiriMu

    Terlalu lama ku pendam
    Semua rasa ini padamu
    Kini ku sudah tak tahan
    Ku ingin kau tau semua..
    Aku lebih dulu mencintaimu
    Aku lebih dulu mengenalmu
    Bukannya dia..
    Cinta itu harus diungkapkan
    Cinta itu harus memiliki
    Tak kan kulepaskan dirimu
    Memang tinggi egoku
    Namun.. ingin ku miliki dirimu..
    Demi cinta yang t`lah lama ku pendam
    Demi mengganti semua pengorbanan
    Yang t`lah ku lakukan untukmu
    Kau harus jadi milikku.