Keluarga Ku

Thursday, October 7, 2010

KEHKEHKEHHHHHHHHHHHHHHHHH
Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada neneknya:

"Nenek, mana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik..." neneknya menjawab.
Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah. Ketika pulang.. anak lelaki bertanya lagi pada neneknya:

"Dimana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik" neneknya kembali menjawab.
Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain. Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makan malam. Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya:

"Di mana Papa dan Mama?"
"Masih di dalam bilik" jawab nenek.
Anak itu tertawa geli.
"Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!" tanya neneknya dengan nada tinggi.

Si anak menjawab,
"Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi gam Super Glue..

mood today


Kekanda Adinda



(P)) Oh Kekanda jgn irihati, Dinda naik pangkat lagi..


(L) Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini..


(P) jadi Dinda mahu mengambil masa

(L) Tapi Kanda mahu segera,

(P) Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,

(L) tapi Kanda mahu cahaya mata,

(P) Dinda belum bersedia,


(L) Kanda dah beria ria,


(P) Jadi yg mana satu?


(P+L) Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,




(L) Oh Adinda, tolong jgn lekas curiga, lekas cemburu buta

(P) oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi,




(L) Kanda kerja overtime, terlebih masa,

(P) Itu yg Dinda harus berwaspada,

(L) Ini smua demi masa depan keluarga,


(P) dengan Dinda atau sebaliknya?

(L) Kanda kerja malam,


(P) Dinda kerja siang,

(L) Jadi bila nak bertemu?

(P+L)Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,




(P) Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!

(L) Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!


(P+L) bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?

apa keputusannya?




(P) Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!

(L) Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!


(P+L) Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,

(L) Kanda polar kutub Utara,

(P) Dinda kutub Selatan

(P+L) komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,

(P+L)Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,



(L) Walau kita sering dgn cara masing2,

(P)Kanda yg Perdana,


(L) Dinda yg Utama,


(P)Kanda sgalaNya..

(L) Dindalah Nyawa,

(P+L) kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama slamanya,
bahagia slama- lamanya!



Wednesday, October 6, 2010


Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.



Sentuhan Kasih Sayang

Kasih sayang itu titi, Kasih sayang penghubung hati Kasih sayang itu tali, Kasih sayang pengikat diri
Berilah sentuhan kasih sayang buat insan yang kita sayangi.
Agar ia makin mekar di sanubari kita semua.





Sy tujukan khas kata2 dbawah ini, buat insan yg bnama Wanita. Ketahuilah anda, Wanita adalah insan yg dilahirkan dgn penuh keunikan & keistimewaannya yg tsendiri. Hargailah Wanita seadanya krn mrk sbhgn dr hidupmu d dunia ini

MADAH BUAT WANITA

Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,
Tanpa mereka,
fikiran dan perasaan lelaki akan resah,
Masih mencari walau ada segalanya,
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa.

Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok itu,
untuk diluruskan oleh lelaki,
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus....
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus,
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah SWT,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,

Didiklah mereka dengan panduanNya,
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta,
Kerana nantinya mereka akan liat,
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,
Kerana nantinya mereka derita,
Kenalkanlah mereka kepada Allah,
Zat yang kekal,
Di situ punca kekuatan dunia!!!

Akal senipis rambutnya,
Tebalkan ia dengan ilmu,
Hati serapuh kaca,
Kuatkanlah ia dengan iman,
Perasaan selembut sutera,
Hiasilah ia dengan akhlak,
Suburkanlah ia kerana daripada situlah nantinya,
mereka akan lihat nilaian dan keadilan,

Tuhan,
Bisikkanlah ke telinga mereka bahawa,
Kelembutan bukan satu kelemahan,
Ia bukan diskriminasi Tuhan,
Sebaliknya disitulah kasih dan sayang Tuhan,
Jinakkanlah diri kepada Allah,
Nescaya akan jinaklah segala-galanya
di bawah pimpinanmu,
Jangan mengharapkan isteri semulia
Fatimah Az Zahra,
Andai dirimu tidak sehebat
Saidina Ali Karamallahawajhah.

UNTUK KAWAN



Puisi Buat Kawan :
Kawan, kita menguntum bibit kemesraan,
Bersama menguyam kenangan,
Bersama membina impian,
Bersama menempuh cabaran..
Kawan, kita tak pernah hirau sesiapa,
Kau dan aku gembira bersama,
Tiada siapa bisa menghalang kita,
Sesungguhnya, kita di takdir untuk berjumpa..
Bersahabat.. dan berkongsi cerita,
Kerna kau adalah kawan yang tak mungkin ku lupa..
Kawan..Maafkan aku jika ada salahku..
Maafkan aku seakan mengapaikan mu..
Mungkin silapku..
Bukan salahmu..
Lalu maafkan aku..
Semoga kau akan beroleh kejayaan..
Di setiap persinggahan mu!



when we met...it was a LUCK...
when we talk..it was by CHANCE...
when we become friends..it was a DESTINY...
we are still friends..its a DECISION...
AND........

we will always be friends...thats a PROMISE!!!!!




Sahabat yang baik,apabila dipandang wajahnya..
membawa mengingati ALLAH.
Mendengarkan kata-katanya..
menambahkan ilmu.
Terlihat gerak gerinya..
meninggikan takut kepada ALLAH.
Berkawan dengannya..
berjuang ke jalan ALLAH..
(ni aku agak rasa tak der kawan cam nie nie, kalau tengok muka teringat sopink2 ader la...,muka gosip liar ker?hehhehehe)

NUKILAN HATII.................


ABAH KU Pesan…

28JUN2009

Semalam aku TERINGAT ABAH KU....
Ku deringkan telefon....
Dia nampak macam risau je…

Aku tanya kenapa nampak macam risau je??
Dia jawab “Abah merindui anak yang tiada di depan mata"
Dia cakap kerinduan dan kesepian kian melanda
Dia ada tingalkan pesan..

ABAH PESAN..
Jangan angah lupa pada Tuhan
Takut nanti Tuhan pula lupa pada angah.....

ABAH PESAN..

Bila berkawan jangan berperang

Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang.

ABAH PESAN..
Kalau angah sesat, janganlah malu hendak bertanya orang

Supaya angah boleh nampak jalan pulang.

ABAH PESAN..
Bila dah senang nanti, jangan angah lupa pada ibu bapa
Takut nanti angah jadi macam TANGGANG anak DERHAKA!!

ABAH PESAN..
Jangan lupa segala pesan
KERANA DIALAH ANAH DAN DIALAH IBU

di saat aku mmerlukan........

“Sayangi dan hormatilah bapa,ayah,abah,abi,babah,daddy,dad dan segala apa yang anda panggil seorang insan yang bergelar bapa dan suami sementara mereka masih hidup.Kerana merekalah insan yang telah membesarkan kita,memberi kita makan,memberi kita minum dan melayan karenah kita ketika kita masih kecil.Sempena Hari Bapa ini janganlah anda lupa mengucapkan “SELAMAT HARI BAPA” kepada bapa anda pada 21 Jun 2009.”